Tuesday, May 29, 2012

Yoyo car Auni

jeng!jeng!jeng!!Ros just nak share dengan korang yang kereta mainan kat bawah ni tak perlu nak guna kaki pun untuk ia bergerak. JUst duk atas tu and pusing stereng tu dah boleh bergerak. Lainlah ada kereta mainan yang besar gedabak tu, semua otomatik. Tekan pedal minyak terus jalan, takpun ada yang jenis guna remote kan. Kalau pergi supermarket mesti ada kan yang 10minit rm3 tu :)

Oleh sebab seronok tengok, Ros belikan untuk my Auni satu walaupun dia masih belum pandai nak gunakan. Nanti besar bolehla main wif adik dia.. insyaallah :)

✼korang leh tengok video di bawah sekali tu yer.. Bagi Ros excited sangat. Kang best kalau orang dewasa pun leh buaT macam tu :P

Monday, May 28, 2012

Auni and papa's basikal :P

Jom layan gambar my Auni survey basikal papa dia.. Macam2 aksi kan budak2 kalau dah tak biasa tengok :P hahahaah

uuuu cantiknyer kalau koko nih :)
alamak halusnya rim basikal papa nih :P
tayar papa ni kurang angin kot..papa berat ea?.. :P
alamak mcm nak cabut ja rim tu.. :(

Thursday, May 24, 2012

it's be mine.. syukurrr


1)Mengenai 2nd pregnancy ni, banyak perbezaan yang ros lalui :) boleh katakan no rice, no chicken masa permulaan pregnant. Alahan boleh tahan la, Memang agak mencabar sebab nak handle one toddler yang baru berumur setahun 5bulan :) tapi lama-kelamaan alhamdulillah diberi kekuatan untuk menghadapinya.

2)1st pregnancy Ros ada GDM(kencing manis semasa hamil) dan PIH(darah tinggi semasa hamil). Memang kena ulang klinik dan hospital masa tu manakala 2nd pregnancy ni Ros bebas keduanya walaupun kekadang tekanan darah ada macam nak tinggi sikit. Harap semuanya selamat hingga saat bersalin. Mungkin Allah memahami situasi Ros nak handle Nur Auni and drive ke sana sini.

3)Masalah berat masa 1st pregnancy memang berat naik membuak2 bagai dipam sampai hujung kehamilan berat ros mencecah 105kg. Fuhhh berpeluh nak kuruskan balik..hahhaha.. Tapi berlainan pula dengan 2nd ni masalah berat tak naik2 lagi. Masa awal2 Ros turun 5kg sebulan hingga sekarang tak naik2 malah makin turun pulak. Harap after masuk 3rd trimester(7bulan keatas) dapatlah Ros naikkan berat badan walaupun dalam kategori berlebihan berat ni.. :)

4)Tak boleh nak makan apa yang dimasak sendiri :( Kalau orang lain masak, berselera sungguh rasa.

5)Akhir sekali moga kandungan Ros dan korang semuanya sehat sempurna dan diberkati oleh Allah s.w.t :) Yang belum tu, jangan berputus asa yer... Rezeki korang akan tiba suatu hari nanti.. Amin...

Wednesday, May 23, 2012

First time jumpa rumput

Bestnyer kalau duk umah landed ni. Rumput menghijau jer. Insyaallah harap suatu hari Ros berkesempatan memilikinya. Ni pula kisah my toddler first time jumpa(dapat bermain) dengan rumput :p jangan ketawakan yer.. Hihihi...

cakkk!!! :)
try nak cabut ramput sebab maybe rasa geli kat kaki kot :P

Tuesday, May 22, 2012

Petua penawar kepenatan :)



1. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

2.Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

3. Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman

Monday, May 21, 2012

Hebatnya nikah :)

Apa hebatnya dengan perkahwinan dan pernikahan ini?

(1) Berkahwin dapat mendekatkan dan menghampirkan kita dengan Allah SWT. Kemanisan iman itu akan tertingkat jika kita meletakkan matlamat pernikahan itu pada asasnya yang betul dan benar.

(2) Bernikah itu akan memberikan suatu jalan yang bersih, suci dan halal dalam kita melempiaskan keinginan hawa nafsu kita. Malah, hubungan suami isteri itu dikira sebagai ibadah dan diganjari pahala daripada Allah SWT.

(3) Ia juga akan memberikan suatu perasaan yang sungguh membahagiakan, menenangkan dan melapangkan bagi pasangan suami isteri. Indahnya apabila ada insan yang mencintai, menyayangi dan melindungi kita.

(4) Berkeluarga itu adalah suatu anugerah Allah SWT. Ia akan mendewasakan dan mematangkan lagi suami isteri dalam mengurus hal-hal rumah tangga secara bersama. Anugerah ini jika dilalui dengan bersama, wujudnya persefahaman dan serasian ia adalah bentuk-bentuk kejayaan yang akan membawa ahli-ahli keluarga kepada keredhaan Allah SWT.

(5) Suami isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Titik-titik kelemahan dan kekurangan yang ada akan dibantu oleh pasangan untuk sama-sama perbaiki dari satu tahap ke satu tahap. Hal ini, amat sukar difahami kecuali hanya bagi yang telah berkahwin. Nak tahu lebih lanjut? Anda kenalah kahwin dulu.

(6) Satu lagi, perkahwinan itu boleh menambahkan rezeki manusia. MasyaAllah, benar. Ini sejajar dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).

(7) Perkahwinan itu satu perkongsian. Bak kata pepatah : Sharing is caring. Dengan berkongsi cita-cita, harapan dan impian – kita akan lebih kuat, hebat, luar bisa dan bersemangat untuk mencapai serta menggapainya. Itulah hebatnya perkahwinan, jika pasangan hidup kita adalah pasangan yang hebat maka kita akan tertempias aura atau gelombang kehebatannya.

(8) Manusia itu akan sunyi dan sepi tanpa pendamping, teman dan pasangan. Islam memberikan suatu kaedah dalam mengubati kesunyian itu melalui perkahwinan. Melaluinya, pasangan suami isteri dapat berkongsi perasaan, cerita dan segala-galanya secara bersama.

(9) Melalui perkahwinan, insyaAllah – Allah SWT akan anugerahkan cahaya mata dan anak. Ia adalah buah hati yang tidak tergambar bagaimanakah perasaan bagi yang memilikinya. Anak bukanlah bebanan, tetapi suatu amanah yang harus dipelihara dengan sebaiknya.

(10) Rumahtangga ini adalah umpama suatu bentuk organisasi berskala kecil yang di dalamnya terdapat suatu sistem pengurusan yang menyeluruh. Bagi yang berkahwin, mereka akan berusaha mengurusnya sebaik mungkin agar keluarga yang dibina dapat dikendalikan dengan seimbang, teratur dan sistematik.

MasyaAllah – inilah sunnah yang besar manfaat, pahala dan kebaikan bagi yang melihatnya melalui kacamata keimanan dan ketaqwaan.

Monday, May 14, 2012

breastfeeding bukan perancang :P

Assalamualaikum kekawan..

Ros nak bagitahu sesape yang nak jarakkan baby tuh baik makan ubat atau control naturally :) Full Breastfeeding ni bukan perancang. Kalau sebelum anak 6bulan memang boleh jadi perancang sebab baby xbergantung pada makanan lagi :P

Doktor ada bagitau dekat ros yang BREASTFEEDING ni boleh jadi perancang jika:-

a) Tidak menggunakan pump atau buat stok EBM
b) Full breastfed baby direct 
c) menyusu ketika baring(full time)

Semua tu Ros buat, tapi siapa sangka kuasa ALLAH :) Mungkin rezeki my Auni dapat kawan awal.. Sebab kat rumah ni hanya Ros and dia jer. Mungkin Allah memahami keadaan anak kita.. hihihi :P

p/s: Rezeki jangan di tolak :)

Thursday, May 10, 2012

alhamdulillah.. KAKAK-TO-BE :)

Syukur kerana diberi peluang sekali lagi.. Geng TTC jangan risau yer, even korang lambat lekat nanti ada hikmahnya. Ros lambat nak dapatkan auni, last2 jarak tak jauh sangat untuk yang second. Betul kata orang, bila dah lekat berderet nanti :) DOAKAN ROS SEMUA SELAMAT YER.. Ros juga doakan korang jugak untuk dapatkan baby...

Wednesday, May 09, 2012

Khas untuk ibu menyusu :)

Ada hikmah di sebaliknya. Moga kita dapat memberitahu si suami untuk buat yang terbaik.. Amin :)

(( Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya ))

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

♥ SUBHANALLAH...Indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya..^_^

♥ Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)

Tuesday, May 08, 2012

Khas untuk isteri :)

Insyaallah, moga kita para jadi yang terbaik untuk suami :)

Isteri menemani, memasak, melahirkan anak, para suami sabar dgn isteri, buat majlis ilmu dirumah atau hadiri majlis ilmu utk didik isteri. Suami yg biarkan isteri tinggal solat hukum dayus. Biarkan maksiat dilakukan isteri. Jom isteri jaga solat dan aurat. Kasihani suami dunia akhirat. Jangan hantar suami ke neraka dgn kedegilan kita. Apa kita dapat kalau degil dgn Allah dan suami dan mula keluh kesah dan tidak disayangi suami setakat toleransi kita sahaja. Niat nak ke syurga bersama suami dan anak anak hari ini. Sia sia hidup mencari penghargaan manusia dgn menjaga penampilan fizikal sahaja. Lihat muka dicermin dan tanya apa tujuan hidup hari ini. Maafkan semua kesilapan keluarga dan hentikan sifat mengungkit masa lalu. Orang yang suka memaafkan akan bahagia dan membahagiakan

Friday, May 04, 2012

Ala sweet sangat :)

kasih sayang... meowww.. nak kucing tu :P

Thursday, May 03, 2012

hobi baru

Hmm ini mengisahkan hobi baru my asben :) orang kata nak kurus punya pasal. hahaha.. Lagipun sehat pun sehat kan dari amek ubat kurus tu. Setiap malam my asben akan kayuh gerek ni with kawan dia. Bukan nak kurus semata pun, saje nak seronok2 and bagi badan sehat almaklumlah kami berdua ni versi 'oberweight' skit..  :p

Wednesday, May 02, 2012

THE AVENGERS and BATTLESHIP terbaikkk!!!

Ni nak story pasal movie yang ahad lepas Ros g tengok with en.asben. :) cerita memang best sangat sebab dia ada 4 hero iaitu HULK, CAPTAIN AMERICA, IRON MAN DAN THOR. Yang paliing best sangat bagi Ros ialah HULK sebab banyak aksi cute and kelakar kat dia. Cerita ni mengisahkan S.H.I.E.L.D OF Nick Fury ni adalah satu pasukan untuk membentuk THE AVENGERS untuk menyelamatkan bumi dari LOKI dan tenteranya :) Bagi Ros, memula citer ni memang agak bored sikit tapi masa aksi dia memang terbaikk sangat. Tak rugi kalau korang tengok sebab memnag berbaloi.. Hihihi...

 Bercerita tentang BATTLESHIP pulak pun juga memang best lah jugak. Cerita dia seakan2 transformer jugak. Seram pun ada sebab kapal yang musuh tu macam benda zaman dahulu kala. Pelakon dia pun best and handsome sangat. jadi semangat nak tengok. :) Ada jugak part yang kelakar dalam cerita ni.Ros paling suka masa nak ending dia ketika diorang ni semua menggunakan ship yang dekat muzium untuk berperang apabila ship yang disediakan telah musnah kesemuanya :P