Friday, March 30, 2012

balik kelate :)

wah dah lama jugak aku tak balik kampung halamanku ini.. kihkih :) Pagi ni kami akan bertolak ke kelate tapi yang sedihnye tanpa my asben :( Kali ni balik with my parents, and family abg :) total of penumpang 8orang kira ngan2 satu kereta unser :P Banyak benda yang Ros nak makan di kampung nanti.. Rindu sangat dengan nasi berlauk, mee celup, mocha blended and bermacam lagi lah.. nyummmyy.. Tahun ni mungkin dua kali Ros dapat balik kelate.. Nanti versi raya pulak.. Kali ni tujuan versi shopping(my mum yang nak shopping tu). Kihkih..


Kat bawah ni plak yang sempat Ros masakkan untuk en.asben semalam.. Harap en.asben merindui masakan ni nanti.. chewaaahhh :P janganlah korang wat spekulasi pulak Ros letak pic ni.. hihihi


p/S: Doakan perjalanan kami semua yer.. :)

Wednesday, March 28, 2012

bintang pujaan :P

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

(lirik lagu yuna..besttt sangat :p)


Tuesday, March 27, 2012

iPAD addicted

Ni pulak kisah my AUNI yang tersangat la addicted dengan iPAD.. Kalau dulu memang Ros yang pegang ipad ni untuk bukak kejap2 facebook and BLOGWALKING tapi sekarang ni cukup susah. Kalau rebut maka bermulalah episod nagis.. jenuh nak pujuk :P Ros dah belikan ipad kid untuk dia tapi dia tahu beza lah, malah siap lempar lagi ipad kid..alamakkk!!! apa kes???

abaikan baju comot tu yer :)

Monday, March 26, 2012

Dah besharrr :)

Alhamdulillah my NUR AUNI dah beshaarrr :) Walaupun baru setahun 4bulan tapi bagi kami dia dah sangat besharr.. Lama sebenarnya Ros tak mengadap komputer nih, tu yang blog tak berupdate pasal diri sendiri.. Banyak yang update tanpa gambar sebab senang just publish post kalau guna ipad tu. Ros lebih suka blogwalking dari update.. hahaha.. Ramai jugak geng TTC yang pregnant tahun ni.. Yang belum jgn putus asa yer.. :) ALLAH MAHA MENGETAHUI...

Kat bawah ni gambar latest my NUR AUNI and ada jugaklah makanan yang Ros buatkan untuk dia. Ada mommy yang terlebih kreatif and pandai masak dari Ros ni... Ros cuma buat yang termampu jer.. Alhamdulillah my NUR AUNI ni makan jer apa yang mama dia buat :)

nuget chicken and sayuran :)
kuih cara biasa(mama) & kuih cara berlauk(auni)

Thursday, March 22, 2012

Kesilapan mendidik anak

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun,

Wednesday, March 21, 2012

Nak private blog bagitau la..please!!!!!

Assalamualaikum..

Please! Please! Kalau korang nak private blog bagi tau awal-awal supaya rosleh tinggalkan email.. Tengah duk syok2 baca update korang tetiba blog di private... Frustrated sangat rasa.. :( ataupun yang private kejap2 pun gtau la.. Kecian kat ros tau :p hihihi..

Antara blog yang tak dapat di baca ialah:

http://nurryama.blogspot.com/
http://meandmylife1376.blogspot.com/
http://pnstoberi.blogspot.com/

P/s: blogger diatas TAKE NOTE yer.. Ros suka sangat baca blog korang, tup2 dah tak dapat :(

Tuesday, March 13, 2012

3rd ANNIVERSARY

Alhamdulillah hari ini syukur ke hadrat ILLAHI kerana perhubungan perkahwinan kami kekal selama 3tahun :) Semoga boleh kekal selamanya hingga ke AKHIR HAYAT.. Amin.. Setengah orang anniversary pertama dah bertiga, untunglah dikurniakan zuriat awal. Tapi bagi Ros, sempat meraikan anniversary berdua, bertiga(ketika auni dalam perut) dan dan ketika auni dilahirkan. BEREMPAT?? Nantikan..Insyaallah. Doakan yer. :P Semoga lepas ni rezeki korang juga.

Friday, March 09, 2012

JANGAN dalam ISLAM!!!!

JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

Perkara berubah setelah melahirkan anak

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
========================================

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!



**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Thursday, March 08, 2012

Amalan ketika anak tidur

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. 
seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.
Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 
Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi....

by: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Susu ibu yang terakhir :(

SUSU TERAKHIR BUAT SI KECIL

Hari ini saya nak share 1 kisah yg sangat menyayat hati tentang pengorbanan seorang ibu yang saya ada baca di sebuah blog...

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.

Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu.

Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Tuesday, March 06, 2012

Sayangilah ibubapa :)

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK..

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. 
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. 
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”. 
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”. Tetapi 
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”. 
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki. 
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena. 
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal. 
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. 

Fikir2lah # Bagai pusingan roda... 
sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa... dan anak2 kita akan melakukan apa yg pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita... dan kita akan bersabar dgn kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kpd kia... dan begitulah seterusnya... 

Sayangilah ibubapa kita...insyaAllah kita akan disayangi oleh anak2 kita pula 
.......Jangan segan2 nak share :)

Harvest Arowana

Entah kali ke berapa dah harvest nih. Hahaha..Ros jarang pulak update pasal ni sebab my asben ni jarang pergi harvest ni, harapkan kekawan. Kali ni my asben dapat join diorang :) Alhamdulillah kali ni 56biji telur ada.. Rezeki.. Hihi..