Thursday, October 11, 2012

Petua rumahtangga bahagia



1)Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2)Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3)Jaga kebersihan mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri 

4) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5)Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6 ) Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7 ) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu

8)Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10)Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11)Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)

12)Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga

14)Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15)Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16)Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17)Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19)Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20 ) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.!

21) Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22 ) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23 ) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

16 comments:

Anum said...

good share

Falsya said...

Bgs nie..leh praktikkan nieh..hehe

Nieyl said...

tQ share~

eMMe said...

moga rumah tangga kita bahagia ke akhir hayat
Amin................

BERT said...

ada yang dah buata.. ada yang belum.. yang belum tu boleh saya buat kan hehehehe.. tq sharing yang bagus

LiYa HaNiF :: said...

pamduan yg sangat berguna... thanks ya ^_^

Nory Zoulkefle said...

bab mandi bersama tu, aktiviti plg slalu buat..hehe..wlupon bilik air kecik,redah je.

Kakzakie said...

Tips yang baik utk kita amalkan.

Masya said...

insyaallah kalau blh nak amalkan semua tips ni... tp dlm rumah tangga lumrahlah hidup ade gaduh² manjekan..

Suraya Baharun said...

insyaAllah akan dijadikan panduan..tq..

:: Mrs.Eady :: said...

good sharing :)

* FAR * said...

sharing is caring.. tq

nik ros said...

mcm2 petua ade
moga rumah tangga yg kita bina akan sentiasa bahagia kan :)

Bunga Bunga Cinta said...

petua yang bagus... thanks share...

Papa Mifz said...

bagus perkongsian nih...

Zana Adieyza said...

nice sharing my dear!! akk suka tips2 mcm ni.. hihihi