Friday, September 21, 2012

Kebaikan mandi sebelum subuh

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

P/s: Rasulullah pun mengamalkan mandi sebelum subuh ni, jadi tunggu apa lagi... Ekekek :)

16 comments:

Anum said...

good info

Sherwieyna Muzzawer said...

Alahai comelnya gambar tu. good info i like!

Bazilah (^0^) said...

bekerja nih, terpaksa lah mandi sebelum subuh. lagi2 rumah sewa xde heater, sejukkkkk ros hehe

eMMe said...

skrg ni kerap mandi... tapi kalo mangon mandi sebelum subuh blom penah lagi la, maybe after this... hehehe...
this is good info Ros..tengs for the sharing...

Kakzakie said...

Kakak jarang mandi sebelum subuh sebab biasa dekat azan baru bangun. Masuk dapur jerang air itu-ini baru mandi. Masa mandi itulah azan dah habis berkumandang. Patut mandi dulu baru ke dapur ye... malas nak berpeluh itulah sebabnya Ros. Dah siap kat dapur baru mandi dan solat.

♥ ROS ♥ said...

Mmg sejuk kak... Tu yang xtahan... Hahhaha

eynda said...

Pernah buat tapi selalunyer pasang heater dulu, pas tu baru slowly sejukkan air... kalau tidakkk...menggigil hehehe... sejukkkk... :-)

♥ ROS ♥ said...

Ros mmg kerap mandi sbb panas... Tp klu sebelum subuh ni xpnah... Sejukkk... Sama2..sharing2 :)

♥ ROS ♥ said...

Ros mmg jarang mandi melainkan ade aktiviti apa2 lepas subuh bru mandi awal.. Tu pun xtahan sejukkk :( xpe, lepas ni lehla amalkan sbb untuk kebaikan kita kan :) amin...

♥ ROS ♥ said...

Kena jirus kaki dulu kak eynda... Kalau xmengigil nnt bhaya lak kan :p ekekek

:: Mrs.Eady :: said...

jom mandi!errrr....ehehhehee..

Masya said...

betul tu.. sy pun pernah terbaca....
org kata kalau kerap mandi matahari nak naik badan mudah sakit dan lesu.. xtaulah betul tak...

Kak yon said...

Info bagus. Selalu mandi lepas habis azan..pasni boleh amalkan sebelum subuh pulak..

Zurae said...

thanx info... kena mula dengan air panas dulu kot...
Sejuknya x tahan...hehe

nik ros said...

kadang2 jea mandi lepas subuh..ehehe
selalu kul 6.30 baru mandi
apa pun good info

Noraim said...

tp sy tak suka mandi pagi. hehe.