Monday, July 23, 2012

seronok ber'cloth diaper'

Hmm bagi yang taktau apa itu cloth diaper(CD) tu meh sini Ros citerkan..hahhaa.. copypaste jer :P

APA itu cloth diaper?
Cloth Diaper adalah sejenis Lampin Kain Moden yang membolehkan anda gunakan sebagai pengganti Lampin Pakai Buang. Ianya lebih murah dan jimat berbanding Lampin Pakai Buang, ini kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak anda berumur (bawah 3 tahun).


Pengalaman ROs menggunakan CD ni boleh tahan la. Boleh dikatakan buat masa ni makin makin seronok berCD. Kalau surirumah tu better guna jer lah CD ni sebab duk umah aje pun, kalau yang keje tu Ros tak kisahla kan. :P Sebenarnya kalau pengiraan tu memang jimat tapi yer la sapa sanggup nak beli sekeping rm25 kan. Baik beli pampes jer :P Tapi insyaallah dalam masa yang lama memang leh jimat :)

i)Kalau korang kira sekeping rm25x13(buat takat ni yang ros ada)=Rm439
Memang nampak jimatkan TAPI korang kena kira jugak BIL ELEKTRIK dan BIL AIR korang untuk basuhkan and bilas CD nih.. Ni pendapat Ros la, jangan lak ada yang membantah lepas nih.. Kalau dikira tenaga and bil tu semua rasanya sama jer.. CUMA CD nih boleh digunakan untuk anak seterusnya. Still leh kira jimat la jugak kan..hahahhaa.. Tapi kena ingat jangan addicted dengan corak sudah, nanti dah kira MEMBAZIR namanya.. :) Paling banyak pun mungkin 20-25keping sebab nak basuh 2hari sekali :P

ii)Memula guna CD nih memang ada kebocoran la walau dah prewash 3x (basuh,jemur,kering sebanyak 3x) tapi sekarang berkat kesabaran duk basuh barulah serapan dia makin baik :) LAGI BASUH, LAGI BAGUS SERAPAN :)

iii)seronok tengok kat bontot anak colourful tapi Ros still pakaikan underware kat AUNI walau pakai CD sebab takut bocor :) Buat masa ni, kalau pakai bamboo charcoal insert memang leh tahan 5-6jam.

iv)Cara basuh style Ros pulak ialah memula bilas CD yang terkena pee atau poo tu and letak tepi. Dah ckup pakai dalam 5-6keping sehari baru Ros bilas semuanya and rendam dalam baldi with sabun kiddiewash cosway(hanya sikit ja sebab nanti buih banyak boleh kurangkan serapan).. (AWAS!!! JANGAN RENDAM TERLALU LAMA, memadailah dalam 2-3minit sebab dah bagi ilang bau aje), LASTLY, baru Ros spin dalam machine jer untuk kering sebelum jemur..


v) Kalau ade kesan kuning tu, korang just jemur di bawah sinaran matahari jer sebab cahaya matahari adalah penghlang kotoran yang terbaik.. Tapi macam umah Ros susah nak kena matahari jadi Ros gosok sampai ilang kotoran tu :P(buat masa ni belum ade kesan kotoran lagi walaupun terkena poo).

vi) Bagi yang ingin mencuba leh try beli PAKEJ NI sebab ia untuk mom-to-be :)
Untuk keterangan lanjut atau detail tentang CD ni korang leh try gi kat :-
 a)http://www.littlepreciousgarden.com
 b)http://www.mumsluvbaby.com/
 c) https://www.facebook.com/groups/msiancdp/ (FOR MUMMIES YANG BARU NAK BERCD)
 d) and banyak lagi, tak larat la Ros nak tulis satu2 :P

LASTLY inilah model CD bagi Ros :)


***Buat masa ni, paling suka CD bamboo charcoal and INSERT bamboo charcoal :)

P/s: Yang belum BerCD tu, Ada baiknya BerCD bagi yang surirumah.. Tapi Ros tak paksa, lain orang lain pendapatnya.. :)

22 comments:

::EIDA:: said...

Dunia dah makin senang skrg kan.. Sediakan duit je.. hikhikhik

Siti Nursyuhada said...

auni comel... hu3 benda tue nampak cam mudah kan..

Kakzakie said...

Mudah dan cantik Ros. Kakak dah tak perlukannya lagi sebab anak dah besar-besar..

izla said...

saya berkerja. memang tak berjinak2 lagi dengan CD. insyaAllah one day kut.

Bazilah (^0^) said...

comellll nye lah model cloth diaper tuh hehe

Falsya said...

comelnye lahai..mcm2 color..xsabar nak ade baby..hehehe..

Masya said...

lebih jimat.. muka model tak menahan gelak saya tgk .. selamba jer.. mmg nampak selesanya...

j.u.l.i.e said...

ros,haritu ada pegi kedai Lunatot, diaorg bg penerangan psl benda ni, actually akak ada bli 1 sebagai percubaan, sehelai rm65...huhu, mahal kan..konon2 nk kumpul sblm baby lahir...

deena awanis said...

good luck in your CDing journey ros..bukan jer jimat tapi dapat bantu selamatkan bumi kita..=)

ShimaSalleh said...

Belum berCD lagi even shima suri rumah... Mmg rasa mahal sekeping tuh kan... Insyaallah nti nk berCD jugalah..
Berapa umur model Ros tu? hihihi Nmpk tinggi dia

* FAR * said...

bab nk menyental tu malas sikit. tp tengok diaorang jual kalerful cantik2 kan..

nn lylyn said...

jimat tu..slmt bpuasa ^^

Mamamya said...

penah ada hajat nak b'CD tu tp asyik t'tunda2 jer.... ;)

Lady Rina said...

memang jimat..maybe akan beli next time..:)

Qhaifa Nur said...

cantik, macam2 kaler ada......
senang dah sekarang......

jemarisuri said...

tak smpt guna benda ni sbb time sis ank2 kecik blm muncul lg...hikhik..

selamat berpuasa awak..

eMMe said...

hurm... ramai gak yg memiliki CD utk anak2 kecil mereka kan..famous dah mende ni.. tak tau lagi nant nak gune yg pakai buang ke yg ini...heehhehe...

Zana Adieyza said...

yup. semua pilihan terletak kat tgn ibu bapa.. if rasa CD ni bagus, mmg boleh teruskan.. mengikut kesusaian.. nice tips dear..

bunga_rose said...

takde kekuatan dan kerajinan nak basuh cd, so pilih lampin pakai buang je hihhi..

Yaya Azura aka Naz Azra said...

CD mmg jimat..mesra alam..dan cantik-cantik pulak tu..tp kalau mereka yg anak hantar pengasuh susah la kan..kena pengasuh rajin tak pe..hihi

amal said...

yeeee mmg seronok! dari mula beli, pakaikan kat anak, basuh, sidai,lipat sume seronok hihihihi... suke suke ;)

lesungpipit said...

hampir setahun sy bercd...sgt seronok...jimat...bulan2 xyah da pk mall mane yg ade wat sale utk "pampes"...tp kene RAJIN...