Wednesday, May 09, 2012

Khas untuk ibu menyusu :)

Ada hikmah di sebaliknya. Moga kita dapat memberitahu si suami untuk buat yang terbaik.. Amin :)

(( Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya ))

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

♥ SUBHANALLAH...Indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya..^_^

♥ Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)

5 comments:

Nana Aris said...

memang best kalau boleh jadi full time housewife and jaga anak sendiri kan..tapi duduk kl ni single income memang la 'sakit' so kerja niat membantu husband sambil doa one day gaji dia cukup nak support family..bleh la wife die ni dok umah jaga baby..hehe

♥ ROS ♥ said...

jangan risau kak.. allah dah ada ketetapan untuk baby kita sejak sebelum ia dilahirkan.. mungkin ada hikmahnya if xdapat nyusukan anak 2tahun.. :)

Siti Asiah said...

Bertuahnya suami dia sanggup buat macam tu...sy plak takde pengalaman menyusukan bebi lg...insyaallah harap kali ni dapat menyusukan anak sy...yg sulung susunya takde...

♥ ROS ♥ said...

Insyaallah kak.. Moga kita dilimpahi susu yg byk :) ade hikmahnya xdpat susukan bby.. For more info, kna minum air masak byk2 tau untuk susu byk nih :p

dina syahmi said...

bestnye kalau dapat berhenti keje & jaga anak sendiri..tapi blom mampu lg la..saya pun susu kan kedua-dua anak saya..bestnye kalau suami saya pun wat macam tu jugak..tp alhamdulillah suami saya memang rajin membantu walaupun x sebaik ayah ustaz tu..jom lawat blog saya untuk tips kesihatan yang lain..http://mummydinashoppe.blogspot.com