Wednesday, November 30, 2011

i'm 1 year old now :)

Alhamdullillah my gegurl dah genap setahun hari ni :) Semoga menjadi anak yang baik dan taat pada perintah ALLAH yer :)

Sunday, November 27, 2011

Tahun baru bulan ISLAM

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1433h. Semoga tahun ini kita akan jadi yang lebih terbaik untuk meningkatkan amal ibadat.

Saturday, November 26, 2011

HADIAH TERBAIK Untuk ISTERI

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)

2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..

3. Hadiahkan Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti “Sy Sayang Awak!.” , “sy nak awak selalu!” “Senyuman awak buat hati sy tenang.” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” “Sy suka cara awak ketawa” “Sy suka cara awk berjalan” dan lain2.

5. Hadiahkan Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak” atau “Cantik baju ni syg!” dan lain2..

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

7. Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik..

8. Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

9. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

10. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang.. :)


11. Hadiahkan Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

*Suami yg mengamalkan tips2 ini insya’allah akan dapat merasa perbezaan layanan isteri anda semakin hari semakin syahdu…

P/s: Papa NUR AUNI take note yer kalau ada baca..hahaha :P

Friday, November 25, 2011

23 Zulhijjah 1432H

 Alhamdulillah pada tarikh Kalendar Islam 23 Zulhijjah 1431 tahun lepas my little junior NUR AUNI dilahirkan. Baru-baru ni ankku genap setahun doh... (。◕‿◕。) Syukur kepada Allah kerana kurniakan dia untukku. Kepada mummy TTC jangan bersedih yer, insyaallah rezeki korang semua tak lama lagi. Ros sentiasa mendoakan korang semua.... Ros pun macam korang juga dulu. Jangan pikir sangat ye sebab boleh stress nanti. :)


selepas dilahirkan :)
sekarang.. :)

Thursday, November 24, 2011

KEBANGGAAN MALAYSIA

Kebanggaan kami, rakyat Malaysia.


lelaki paling handsome..




Tarteel/tartil: Membaca al-Quran secara tidak terburu-buru dengan tempo yang perlahan (tidak terlalu lambat atau cepat), membetulkan lafaz dan sebutan huruf-hurufnya, serta menjaga hukum-hukum tilawahnya.

Firman Allah dalam Surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud:
"Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-perlahan."

dan Surah al-Baqarah ayat 121 yg bermaksud:
"..Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar."
________________________

Tajwid: ilmu yg menerangkan cara membaca al-Quran, tempat mula dan berhenti membaca, tempat keluar huruf, sifat huruf, makhraj, harakat dan sebagainya.
________________________

Tarannum: suatu ilmu atau kaedah seni suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

BEST MALAYSIA KEEPER

He's our Hero. Save the penalty goal, save Malaysia. A great performance from Khairul Fahmi Che Mat. World class keeper that Malaysian have.

The best ever Malaysia Keeper. Are you agree ?
 

HARIMAU MALAYA

ala sweetnyer... kihkih

 TEAM Malaysia Hebat kerana MALAYSIA ade :-
....geng MUSLIM,
....seorang TAMIL,
....seorang GURU,
dan yg penting Team MALAYSIA ade :-
...khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola,
dan MALAYSIA juga ade :-
...baddrol BAHTIAR yg sentiasa BERIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh :)
dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee ) !! (。◕‿◕。)

♥  MALAYSIA

Monday, November 21, 2011

Yeayyy!!!!! Pingat emas untuk MALAYSIA

Alhamdulillah rezeki MALAYSIA memenangi pingat EMAS untuk BOLASEPAK SUKAN SEA kali ini. Semoga pemain MALAYSIA terus mengekalkan prestasi mereka untuk permainan seterusnya. Malaysia menang penalti 5-4. Tahniah untuk penjaga gol kita KHAIRUL FAHMI kerana dia adalah pemain yang banyak menyelamatkan keadaan yang sangat mencemaskan..

KiSAH AYAHKU

Nak ceritakan tentang ayah Ros yang berada di KELANTAN nuhh... Oleh disebabkan terlalu minat dengan lagu AKU BUKAN BANG TOYYIB(wali band), dia sanggup pasang lagu tuhh dari KELANTAN ke KEDAH. Adikku ada cerita yang ayahku ni asyik duk repeat lagu nih walaupun ada banyak lagu dalam CD tuh. Hmm tak dapat nak bayangkan selama 6jam perjalanan tu asyik dengar lagu tuh. Kekadang rasa kelakar pulak tapi semua adikku and mak terpaksa layan jer.. Hahahah :) Apapun mungkin lagu tu membawa semangat bagi ayahku dan menghilang ke'mengantuk'kan dia..



 P/s: Bila terdengar lagu nih buat Ros mula rindu aboh dan ma di KELANTAN :(

Sunday, November 20, 2011

3D/4D scan in MALAYSIA

Anyway, kalau interested, here is a listing tempat-tempat yang para-para ibu boleh buat 3D scan dan/atau 4D scan kalau minggu kehamilan dah sesuai.  
Dinasihatkan ibu-ibu untuk CALL DULU untuk bertanya samada diaorang ada sediakan CD untuk copies scan tu semua dan berapa harga untuk scan. 
 

PULAU PINANG

Gleneagles Medical Centre,
1, Jalan Pangkor
10050 Penang, Malaysia
Main Line      : 04 - 227 6111
General Enquiries :04 - 220 2109

Tanjung Medical Centre
473 Jalan Burma
10350 Penang, Malaysia
Tel: 604-226 2323 (Hunting Lines)

KPJ Penang Specialist Hospital
Jalan Perda Utama,
14000 Bukit Mertajam,
Seberang Perai,
Pulau Pinang
Tel : 04-5486688
www.kpjhealth.com.my

KEDAH

Klinik Bersatu
65, Pekan Simpang Kuala,
05400 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7722001

Pusat Rawatan Mahsuri Sdn Bhd
Jln Mahsuri 1C,
Bandar Baru Darulaman,
06000 Jitra,Kedah
Tel:    048-916 2345
Contact Person:    PN NORAZZAH BT IBRAHIM

Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Tel: 04-4238888
http://www.hospitalmetro.com

PERAK

R S SPECIALIST KLINIK & WISMA BERSALIN
36, Jalan Kamaruddin Isa,
Fair Park, Ipoh.
Tel : 05-5450700

Hospital Pantai Putri
1-6 Jalan Tambun
31400 Ipoh
Tel : 05-5484333

Hospital Columbia Asia Cawangan Taiping
No 5, Jalan Perwira, 34000
Taiping, Perak
Tel: 05-820-8888

PAHANG
W.Y.Ko Specialist Maternity & Gynaecology Centre
B-2269 Jalan  Beserah, 25250 Kuantan
Tel:     09-566 7805

KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL (77065-T)
(A Member of KPJ Healthcare Berhad Group)
51 , Jalan Alor Akar
Taman Kuantan
25250 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-567 8588 / 567 8376

Kuantan Medical Centre (KMC)
No 1, Jalan Tun Ismail 9, Kuantan, Pahang, 25000 Malaysia
Tel: 609-5142 828

TERENGGANU

KLINIK MEDIC BESTARI PAKA
LOT 9 PT 188 BANGUNAN 2 TINHKAT B
PUSAT NIAGA PAKA JALAN BESAR
23100 PAKA DUNGUN
TERENGGANU
09-8278009


MELAKA

Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent Sdn Bhd
G-18, Luh Ayer Keroh, Hotel King, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: 06-231 2468


NEGERI SEMBILAN

Columbia Asia Hospital Seremban
No. 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Center, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-601-1898

Hospital Bersalin Dr. Sukhilmi
1G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang,
71450 Seremban, Malaysia
Tel: 06-6752560 ( Sue & Misha)
http://drsukhilmi.blogspot.com/

WILAYAH PERSEKUTUAN  

Pusat Perubatan Naluri Sdn Bhd.
No. 94, Jalan 1/27F Pusat Bandar Wangsa Maju,
Kuala Lumpur 53300 Wilayah Persekutuan.
Tel 03-4143 3633


POLIKLINIK SUBASRI DAN GAN
NO. 10, JALAN RAMPAI NIAGA SATU
RAMPAI BUSINESS PARK
53300
KUALA LUMPUR
TEl:  03-4143 4995


Kampung Baru Medical Centre (KBMC)
No. 85, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26931007

SELANGOR

Klinik Ajwa
Seksyen 7, Shah Alam
no tel: 03-5510 6258

Klinik UMRA
No.18, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam.
Tel: 5519 4319 / 55184319

KLINIK PAKAR WANITA AN-NUR
 Dr Fatimah & Dr Khamsiah
No 10 Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi Selangor
03.89250020

Hospital Bersalin Razif
No. 33,35,37 & 39, Jalan Sri Sarawak 20A/KS2,
Taman Sri Andalas,
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603 - 3323 7394

VISION COLLEGE
Lot 709-A, 6th Floor, Block E
Kelana Parkview Tower
Jalan SS6/2, Kelana Jaya
47300 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
(6)03-7803 8300

Diagnostic Center, Clinic & Holistic HealthCare Services
No:2A-1, Jalan PJS 8/2,Sunway Mentari, 46510,
(sebarang jalan dari Sunway Pyramid)
Contact Person:    Jezzlyn Siu Cia Yee (0176202933)

p/s: copy from farah rahim blog

Friday, November 18, 2011

JAMBATAN PENANG DITUTUP

Jangan risau yer kekawan yang berada di Penang. Jambatan Penang dan Jelutong Expressway ni hanya ditutup pada 20 NOVEMBER ni pada pukul 12AM-10AM aje sebab ada Allianz Penang Bridge International Marathon. Perkhidmatan feri akan beroperasi sepanjang malam :) Lpas ni leh la enjoy dengan suasana air laut bagi yang kena berulang alik tu :P hihihi :)


IPAD wifi DAH PERGI.. ipad 3g dah datang!!!

Wah tajuk macam sedih+happy jer.. kihkih.. Sebenarnya my hubby dah jual ipad yang kat bawah tu sebab nak beli ipad 3G. Susah sikit ipad wireless nih sebab hanya bergantung pada wireless :P Semalam ada COD dengan seseorang yang nak jual ipad dia. Ipad 3G masih dalam keadaan baik cuma berwarna hitam compare dalam gambar ni berwarna putih :) Apapun jom layann gambar yang tiada kaitan :)

masih belajar untuk menggunakannya.. :P
muncung baikk punya... :P

Thursday, November 17, 2011

SYED SHAM & NURUL KAUSAR WEDDING

Raya haji bebaru nih abangku yang kedua selamat di ijabkabul bersama pasangannya NURUL KAUSAR. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuaca memang panas terik pada hari kenduri tu. Pada keesokkanya tak payah cerita hujan turun dengan lebatnya. Siap tak berenti. Masa hari Ros balik pun hujan tak berenti.  (。◕‿◕。) Jom layan picca....

gementar menanti :)
nak satu keping :P
kakak iparku :) sebaya nih..kihkih
masih ada yang xjoin bergambar :P
majlis kesyukuran :P
budak moolat dah buat perangai :P



Wednesday, November 16, 2011

adab menyikat rambut


Adab menyikat rambut:

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

perhatian!perhatian!

Tuesday, November 15, 2011

MasyaAllah indahnya..

tiada tempat yang paling indah selainNya ...

Birthday Princess AUNI

Birthday AUNI ni di sambut oleh my family di KELANTAN. Sebenarnya diorang ni nak buat suprise tanpa diberitahu tapi tak jadi sebab Ros terlepas flight untuk balik jadi terpaksalah diorang hold kan birthday nih untuk keesokkanya. Sorry yerr.. :P My family sambut birthday awal sebab Ros jarang dapat balik and berkumpul macam ni :) Apa pun kek memang sedap sesangat.. Bukan AUNI yang makan..kihkih!! Nantikan pula versi mama auni pulak yer  (。◕‿◕。)

tajaan SECRET RECIPES :P ada kesilapan atas kek.. perasan tak???





bergambar dulu sebelum makan...
 bersiap sedia nak potong kek :P

pasangan romantik.. opsss kduanya adikku sebanarnya :)

Wednesday, November 09, 2011

TERCALAR SUDAH

NUR AUNI punya pasal... fuhhh!!!

p/s: My hubby please take note yaa.. kihkih :P

Monday, November 07, 2011

Dah sampai :)

Sejam je dah sampai. hihi.. Maklumlah naik flight. Kalau ikutkan jimat la jugak naik flight nih. Kalau balik guna kereta, duit minyak+makan atas highway sama je kos dgn tiket flight tu. Dan yang paling penting, KURANG LETIH..Alhamdulillah semalam dapat lah beraya dengan my hubby setelah ketinggalan flight.. hehe... Apa pun semoga perkara ini tak di ulangi lagi. Mungkin ada hikmah nya :)

both of my cuittthearttt ❤ (。◕‿◕。)

Sunday, November 06, 2011

Peristiwa aidil adha

Redha dengan apa yang berlaku. Pagi tadi ros terlepas flight firefly ke Kota Bharu. Ros sampai hanya lewat 2minit dari tarikh tutup kaunter. Tapi apakan daya terpaksa beli new tiket. Insyaallah esok baru balik ke Kelantan. Dapat juga beraya with my hubby :P

Saturday, November 05, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat geng blogger. Semoga jemaah haji kita pada tahun ni mendapat HAJI yang MABRUR. Hmm bila lah giliran Ros and my hubby pula?? Kalau ikut tarikh masa daftar nanti, pada tahun 2032 baru dapat giliran. Masya Allah :P

Flight booking

Mungkin orang lain dah biasa booking online tapi nih adalah first time Ros booking tiket melalui online. Tak la susah mana pun. Mulanya target nk balik 2minggu tapi disebabkan takut banjir, Ros terpaksa cancel tarikh tiket. Nasib baik tak mahal charge tukar tarikh tu. Insyaallah pada esok pagi, Ros dan Nur Auni akan balik kampung kelate without my hubby. :P Ni adalah kali kedua Auni naik flight. Jangan 'membuang' lagi yer atas sana. kihkih..

Thursday, November 03, 2011

Pantai Timur bersiap sedia

Kelantan, Terengganu dan Pahang bersiap sedia yer dengan banjir besar. Insyaallah semua tu kehendak Allah. Wah makin takut lak rasa nak balik Kelantan nih. Berita ada mengatakan banjir besar mungkin berlaku jika air masih pasang. Cuaca sekarang memang selalu hujan di beberapa tempat. Pada November ini juga lah my brother akan berkahwin. Moga kendurinya berjalan lancar dan diberkati.

ni lah abgku..Mcm tak percaya kan?? Masih xmatang lagi nih...kihkih

Serabut :P

Wednesday, November 02, 2011

4 perkara untuk SIHAT..

Petua Imam Syafie..Selamat beramal


Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

11 bulan

30 Oktober hari tu my little moolat tu genap 11bulan. Hanya beberapa minggu lagi genap setahun. Alhamdulillah cepat si dia membesar. Tentang makan memang kekadang dia on off tapi still nak makan. Kalau bagi makan sendiri memang paling suka. Segala jenis nasi semua dah boleh makan. My mum suruh bagi rasa semua :) Si Nur Auni nih still merangkak lagi tapi dalam cubaan mengangkat punggung lagi.

Tuesday, November 01, 2011

Rahsia tidur dan bantal

RAHSIA BANTAL DAN TUANNYA

1) Memeluk bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada sifat ego.