Friday, July 29, 2011

Harvest Arowana

Kali nih alhamdulillah rezeki kita orang sebanyak 70ekor tp 40ekor lagi tu masih lagi 50-50. Semoga semuanya ok.. Insyaallah :)

Tuan-tuan dan puan-puan punya kolam..(tuan xramai pun, tukang sorak yg ramai,hehhe)
induk matang..buuusssaaaaarrrrnnyaaa :P
haa lekaih2 kira.. my hubby lupa plak brapa biji sbb duk syok ada hasil :P
dalam makmal.. chewaahhh :)

Thursday, July 28, 2011

Auni dapat tengok TRANSFORMER

Yeayy.. Dapat jugak mama little NUR AUNI ni tangok wayang citer TRANSFORMER sampai abis. :) Kalau tak kerana saya dah janji dengan anak sedara, memang tak pergi tengok tapi janji tetap janji. Hehehe.. Apa pun citer ni taklah seganas transformer yg kedua dulu. My little NUR AUNI duk dalam pawagam tu macam orang tak dengar apa-apa sebab dah disumbat dengan kapas and pakai topi..hahahha..
Ni lah muka NUR AUNI lepas tengok citer TRANSFORMER tu.
 Buat nak jadi citer, lepas kami sekeluarga duk posing2 ni adalah satu kejadian mengejutkan jugaklah. Masa tu bunyi kuat macam bnda jatuh. Pusing tengok kasut anak chinese tu tersangkut di escalator. Nasib baik uncle tu cpat2 tarik kaki anak dia. Kalau tak, mesti tak dapat dibayangkan.. Takuttt... :(
Bahaya btul..Kasut sport pun leh kna...

Wednesday, July 27, 2011

Ni lah rupa baby astronaut tu...

Wah very cute girl. :) Dah terlambat tapi nak publish jugak sebab lama sy tak update blog..hehhehe :)

Her name is SOPHEA ISABELLA

Friday, July 22, 2011

Welcome to baby astronaut :)

 Wah topik best.. :) Alhamdulillah isteri angkasawan kita sudah melahirkan seorang baby girl seberat 3.6kg. Wah semangat tul, kalah my baby NUR AUNI. kihkih! Apapun gambar tak masih belum disiarkan. taktaulah berapa lama nak dapat tunggu :P Sob3. Selamat berpantang Dr.Halina.

Bestnyer kalau dapat jadi macam ni :P

Wednesday, July 20, 2011

Dah setahun :)

Alhamdulillah semalam dah genap my anak saudara berumur setahun. Dia dilahirkan sama tahun with my baby NUR AUNI. Entry ni saya ada citerkan tentang dia dilahirkan :) Alhamdulillah NUR RUKNIAH RAWIAH membesar dengan sihat walaupun jantungnya masih lemah. Doktor pun tak dapat kesan penyakitnya itu. Berkat sabar dan kekuatan kakak iparku anaknya kini mencapai setahun. Siapa sangka kuasa Allah :)

Jangan pandangku sebelah mata tau..hikhik :P

Sebelum dan semasa JEREBU

sebelum JEREBU(memang clearlah..)
semasa JEREBU(memang tak nampak apa belah PENANG)



Tuesday, July 19, 2011

Kisah Admit Ward...

Assalamualaikum kekawan.. :)

Kali ni rizaros nak ceritakan kisah my little NUR AUNI yang masuk ward minggu lepas. 2minggu yang lepas Auni punya poo macam cair-cair sikit so saya ingat normal la sebab bila baby BF memang dia punya poo akan cair dan kekuningan. Tapi pada keesokkannya badan Auni macam panas sikit so bila check suhu taklah panas sgt. So ingat tak ada pe lah. Tapi makin lama dibiarkan my Auni mcam kerap pulak dia poo dalam sehari tu dan start nk mula demam.

So keesokannya, kita orang bawak lah Auni di ke KPJ health Penang terus. Oleh sebab Auni demam and cirit-birit terlampau kerap, doktor pun terus admit ward lah. Selepas sehari, doktor amek sample poo Auni untuk check punca dia cirit birit and demam.

Doktor sahkan Auni terkena jangkitan ROTAVIRUS. Hmm memang tak penah dengar tapi virus ni  memang membuatkan anak cirit-birit tak tentu masa.

1st day: Tak laratla nak cenyum
2nd day: Tak senyum langsung masa mula-mula admit :P
3rd day: Dah senyum :)
4th day: Dah nampak sehat..yeayyy!!!

Monday, July 18, 2011

Sebab tak update blog seminggu :(

Inilah sebabnya tak dapat update blog selama seminggu :(( My little NUR AUNI admit ward selama 5hari..

Muka lepas kena cucuk untuk masuk air :P
Cian tangan anak mama nih..tkut tgk :P

P/s: Nantikan story2 yer.. wah gituu :P hehhee

Friday, July 08, 2011

Thursday, July 07, 2011

JOM ORANG PENANG PAKAT PI dengar ceramah di madrasah AN-NAHDHOH.... :)

Assalamualaikum..

Sihat tak hari ni? MOga semua sihat dan dirahmati Allah. Ari ni rizaros nak ceritakan tentang satu tempat ni. Ujung minggu(sabtu) kat sini lah kami spend masa dari 8pagi-11pagi dan disinilah detik saya and my hubby berkenalan dulu-dulu kala (ibarat kata cinta baru berputik, wah gituuu :p). Apa salahnya, kita dah sibuk hari-hari lain dan luangkan masa untuk sehari dengar ceramah ni(kuliah perdana bacaan kitab tafsir dan fekah). Ustaz yang menyampaikan pula memang tak boring kalau dengar, tegas dan kadang2 lucu pun ada.. hehehee... Sapa lagi kalau xkenal pun xpa, meh sy perkenalkan :P Nama dia ustaz Mutalib bin Maarof :) Kat bawah ni gambar dia and profil die...


Ok sambung balik, ramai juga yang dok pi dengar ceramah ni. memang sentiasa ramai tapi kadang2 tu bkn org yang sama pun. Apa pun saya memang seronok sangat dapat dengar ceramah ni. Jomlah kekawan yang duk area KEDAH or PENANG pakat pi dengaq. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk dengar ceramah ni. Besar pahala.. Layaaannn detail and pic kat bawah ni.

Kuliah Perdana Setiap Hari Sabtu
Masa : 8.00 AM sehingga 11.00 AM
Kitab : Tafsir & Fekah
Disampaikan Oleh : Ustaz Hj. Abdul Mutalib Bin Hj.Maarof
Lokasi: 843, Mukim 5, Kampung Petani, Kubang Semang, 14400 Bukit Mertajam, Penang

Yang ada payung tu tempat membeli-belah..Ngeee :)
Parking disediakan :)
my ayah pun ada kt situ :P my hubby xnampak pun :P hehhe
penuh sampai luar



Time balik, semua bersalaman dengan ustaz
Pakat sibuk nak balik :P
 
 P/s: gambar diambil di Facebook An-nandhoh :)

BROKOLI

sumber google
 Sejak akhir-akhir ni me and my hubby ni suka sangat brokoli. Setahu rizaros, brokoli ni lah sayur yang paling mahal sikit berbanding sayur lain :) hehehe.. Tapi rizaros selalu beli kat ECONSAVE untuk jimat sikit :P. Brokoli ni juga adalah sumber antioksidan yang tinggi protein. Kandungan seratnya separuh dari roti gandum, tetapi kandungan kalorinya hanya satu persepuluh.

Brokoli juga bermanfaat untuk wanitamengandung kerana mengandungi asam folat (vitamin B jenis lain) yang dapat melindungi bayi dari spina bifida serta memperkuat sistem saraf dan sel darah ibu dan bayi.

Khasiatnya ialah :

  1. Melawan kanser usus.
  2. Melindungi sistem kekebalan tubuh.
  3. Mendetoksifikasi sistem tubuh yang berhubungan dengan pencernaan dan hati.
  4. Melindungi bayi dari risiko spina bifida.
  5. Memperbaiki keadaan hati.
  6. Meningkatkan kesihatan kulit.
P/S: Jadi tunggu apa lagi jom makan brokoli :P hehe... Fakta ni amek dari google jugak untuk sharing2 :)

Wednesday, July 06, 2011

Jalan-jalan :P

nak lagi ker jam?? yang ada kat tangan tu dah mahai doh :P hehehe


p/s: follower ke-400 sy, jom terjah dia :) edy ramanov......

Tuesday, July 05, 2011

Raja buah!!!

Ni nak bercerita tentang raja buah :) My hubby ni memang peminat setia sungguh dengan raja buah ni iaitu DURIAN. Ada banyak jenis tentang durian ni, tapi yang paling rizaros suka ialah durian susu. Rasa pun lembut and berlemak jer. :P My hubby ni tak kira di mana orang jual durian, mesti nak singgah beli :) hehehe.. Sampai ke my baby NUR AUNI pun kena rasa durian nih..  Enjoy this pic yer, jangan terliur plak ... Ngee...

Wah berkedut plak isi durian tu .... :$
Marvellous.. Nyummy.............

Friday, July 01, 2011

Semalam dah 7bulan

Alhamdulillah my baby NUR AUNI dah masuk 7bulan semalam. Oleh sebab blogspot ada problem semalam tpaksalah update ari ni :( huhu. Apapun, semoga NUR AUNI menjadi anak yang solehah. Aminnn... :)