Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

FAIDZ&ISWIDYASARI's wedding

Assalamualaikum kekawan.

Baru-baru ni rizaros dan family pergi ke KL untuk wedding my hubby's cousin ni. Kami bertolak pada pukul 4ptg hari jumaat dan selamat tiba pada pukul 10mlm di rawang :P Pada mulanya kami sesat juga nak cari rumah my cousin ni walaupun guna GPS sebab ada 'PILOT' salah bagi info. Apapun minta maaf yer kat 'pilot' tu, kami sekeluarga tak terasa apa pun.. ngeee... Seronok lagi ada dapat pusing2 dlm town rawang tu.. hahaha. Wedding ni antara MALAYSIA VS JAKARTA tau.. Jodoh di tangan Tuhan. Siapa sangka kan??Cantik sungguh pengantin pada malam tu. Majlis ni diadakan di Merak Kayangan Ballroom :)

Ketibaan pengantin
Pengantin sedia direnjis. Hikhik
Bacaan doa
Rakan artis pun turut ada :)
kakak ipar(PILOT yang sy mksudkan tu..hehe) and my MIL
Anytime, anywhere mesti ada gambar dia nih :P (adik ipar yg tua setahun dari sy)
My 'kecik' family(ketiga-tiga besau) hahaha

Monday, June 27, 2011

Apa pun tak boleh!!!!

Auni: Maaammmaaaa, cepatlah angkat auni nih... :P

 Mama: Tak boleh... mama banyak keje nih...

Auni: Apa pun tak boleh :P (ikut versi j.a.m.b.u) hehehhe

Sunday, June 26, 2011

Pertama kali jatuh :(

Ini mengisahkan about my baby NUR AUNI .. Jatuh katil apabila si ibu dan ayah tido tanpa sedar. :P Maklumlah my hubby letih drive kreta semalam dari KL and saya pulak masih lali dalam tidor, Tetiba bunyi gedebuukkk, terus tersedar and dah dengar my AUNI nangis kuat. Apapun, alhamdulillah my AUNI tak der kecederaan apa2.. Semoga dia lebih ceria2 bila dah bangun tido nanti :)

Friday, June 24, 2011

KL for today....yippiiii :)

Alhamdulillah keluarga kami semua dah bertambah sehat.. Ari ni, kami sekeluarga akan pergi KL.(Wah yang ni pun nak bgtahu) Ini kali ketiga Auni berjalan jauh. Actually pergi KL ni for kenduri my hubby's cousin :) Doakan perjalanan kami sekeluarga yer.. By the way, rasanya belum terlambat untuk ucapkan TAHNIAH pada pasukan bola sepak LUBNAN MALAYSIA kerana berjaya kalahkan LUBNAN semalam.. yeeahhhhhh.....



INILAH KEBANGGAAN MALAYSIA :)
P/S: Tunggu story morryyy lagi yer about my journey to KL :)

Tuesday, June 21, 2011

Terlalu happy dan terlalu serius

SELAMAT HARI BAPA.. Yang terlalu happy ni ialah ayah saya yang menjaga sejak kecil dan saya juga tinggal dengannya sehingga zaman remaja. Dah kawen kenalah tinggal dengan suami.Kwang3... Ayah saya ni orang jepun. Dah terpampang dalam i.c tulis warganegara JEPUN. hihihi.. Apapun, sekarang ni dah jadi pemastautin tetap di MALAYSIA. :)


Ayah saya yang menjaga saya sejak kecil, dia ni org jepun tau.. ori punya... :)

Ni kisah ayah kandung saya pulak. Walaupun saya tak pernah tinggal sebumbung dengan ayah kandung tetapi saya tetap menyanyanginya.. Wah gitu.. AYah saya ni warga negara MALAYSIA tau.. Ori punya.. Hehehe.. Susah nak senyum ayah saya ni, kalau senyum manis orangnya... hahaha. Semua anak saudara dia takut pada dia, tak taulah bila auni dah besar takut tak kat tokboh dia ni. Harap2 tak takut.. Ngeeee....


Ni pun ayah saya jugak...ayah kandung..



 P/s: Actually rizaros ni ikut muka sape yerk??? Hmmmm :P

6 bulan dah XL..

Ini kisah NUR AUNI pulak. Alhamdulillah dah 6bulan++ anak mama ni bersama. Sekarang NUR AUNI dah boleh angkat dada sikit, tapi ada some baby dah boleh merangkak. :) Pasal XL tu pulak ialah saiz pampers my baby ni pakai. Cepat bebenor dia pakai saiz tu. Kadang2 heran jugak kenapa la cepat sangat berubah saiz pampers tu tapi terpaksa je lah sebab kecian tengok bekas pampers di celah paha dia :P Alhamdulillah berat my baby dah 7.5kg. Baby korang macam mana ea?? Awal ker dah bg XL??

Ni lah gambar my baby yang dah pakai size XL tu.. huhuhu

Sunday, June 19, 2011

Pengganti garam untuk baby :)

Biasa yang kita dengar and ketahui, garam ni amat merbahaya untuk baby. Sesetengah baby tak suka makan tawar,macam kita jugak lah. Kalau tawar sikit boleh lah, tapi kalau terlampau tawar pun susah jugak sebab tak rasa apa.. My family makan makanan yang secukup rasa. Tak derlah terlalu masin sebab masin garam boleh menyebabkan darah tinggi pulak :) Oppssss dah terkeluar topik nih. Actuaally pengganti garam yang sy maksudkan tu ialah IKAN BILIS GORENG yang digoreng tanpa minyak. TAPI awas!!! wah ada awas plak :P Tulang ikan bilis kna buang tau untuk safety. Tulang ikan bilis yang halus tu boleh menyebabkan baby batuk dan cepat tercekik. Bila dewasa cepatt dapat asma :)Apa2pun itu semua takdir Allah :)

ikan bilis yang digoreng TANPA minyak

ikan bilis selepas di'blend'

campur dengan bubur baby n kacau sikit :)


Wednesday, June 15, 2011

Nak buat entry pasal tu jugaklah..

Mesti tertanya entri apa lah sy buat ni... Wah semua orang hangat perkatakan pasal NORA ELENA. Actually rizaros pun layan jugak dari episod ptama cuma taknak lah obses diri pulak. Wah gituuu :P Citer memang lah best, mulanya tak lah rasa best sangat tapi selepas tgk 'keromantikan' SETH TAN tu jadi makin best and terlebih jeles pulak. Hmm buat apa nak jeles, nama lagi berlakon kan?? hahhaha... Kalau sesiapa dapat suami mcm tu memang rezeki lah Allah bagi. Alhamdulillah my hubby walaupun bukan terlebih 'keromantikan' tu, rizaros tetap sayang dia..(Kembang nanti nih) :P Ehem2..



Tuesday, June 14, 2011

Tak sihat!!!!

Assalamualaikum kekawan..

Baru-baru ni rizaros,hubby n my auni kena selsema+batuk. My auni pulak pagi ahad hari tu suhu badan naik sampai 38.2°C, memula panik jugak sebab ni first time my baby demam tapi alhamdulillah demam dia tak lama. Sekarang ni tinggal selsema+batuk. Semoga family kami cepat sembuh.. :)

Saturday, June 11, 2011

Laksa

Topik pagi ni ialah laksa.Sebenarnya laksa ni my favourite sejak kanak2 lagi. Tak makan nasi pun takpe asalkan ada laksa ni.. I miss my laksa ni masa pantang selama 3bulan, tapi lepas tu makan terus.Taktahan nak tggu anak 6bulan atau setahun. My mom kata kalau nak makan, makanlah sebab nak sakit urat tu bukan sebab pemakanan tapi ubat mesti makan. Insyallah :) Kalau pregnant tiap2 tahun pun mesti sakit urat jugak :P Jom gegarrrr PENANG untuk laksa nitapi buat sendiri lagi power sebab leh bubuh macam2 dlm kuah :P

Ni laksa cara saya:-
1)bawang besar&cili kering(blend skali)
2)rebus ikan kembung@sardin(perisikan n blend all tulang serta tapiskan untuk air je)
3)panaskan periuk,tuangkan bwg besar n cili kering yang di blend tadi.
4)Masukkan isi ikan n air hasil tulang yg ditapis skali. Biarkan seketika sehingga mendidih.
5)Kemudian masukkan air
6) Masukkan:-
*Bunga kantan
*Daun kesum
*Daun pudina(sikit je)
*Belacan
*Kiub ikan bilis
*Nenas(kalau nak manis)
*Asam keping
*Otak udang
*Garam&gula secukupnya
7)Bahan ulam sperti timun,bawang dan cabai melaka...

Actually nak buat laksa ni saya agak2 je bahan2 dia, sebab xpenah terhad pun jumlah bawang atau sebagainya. My mom dah ajar mcm tu. Takfaham lehla tanya yer :)