Sunday, January 30, 2011

Permulaan Baru :)

Sempena tahun 2011, saya ingin membuat transformasi blog. Walaupun kurang orang membacanya, tapi saya amat seronok sekali dapat jumpa mommy n kawan2 melalui blog ni.. Semoga blog ini menjadi teman luahan saya di kala kesunyian... :)

Sebelum


Selepas :)

Sebelum dan Selepas Botak :)

Assalamualaikum kekawan..

Alhamdulillah hari ni genap auni 2bulan. Maka 2bulan lah Auni menjenguk dunia luar. Cepatnyer masa berlalu. Saja nak tunjukkan gambar Auni sebelum and selepas botak :) Auni kena bagi rambut kat little zahin(baby of ummi nad) jugak yer// Kcian rambut makin luruh. Zahin kena rambut lebat tau baru macho(tak de rambut pun dah macho).

Hari kedua dilahirkan :)


Dibotakkan oleh tokku :P


Selepas 3minggu :p (cepatnyer rambut naik)

Wednesday, January 26, 2011

Birthday girl :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni genap saya 21tahun. Bersyukur sangat kerana dapat hidup di dunia disamping orang tersayang :) Semoga dengan kehadiran 'NUR AUNI', birthday saya lebih bermakna. Thank juga untuk my hubby kerana wish birthday tepat pukul 12am td :p

18tahun~bertunang
19tahun~berkahwin
20tahun~ada anak
21tahun~ ?????
Ada cadangan tak?? hhahaha <3 Best video nih.. Boleh belajar bahasa.. :)

Monday, January 17, 2011

Auni in Buaian :)

Hmm nampaknya terpaksalah saya biarkan anak tidur dalam buaian. Banyak orang kata jangan sebab nanti susah nak ke mana.. Alhamdulillah Nur Auni tak lah macam tu, sebab bila duk dalam buaian dia cepat rimas and merengek sebab tak puas geliat :) Jadi terpaksalah letak di bawah. Mungkin sesetengah budak je kot. Harap-harap anak saya taklah ketagih sangat dengan buaian tu.. Hehehe ... Kekadang saya jadi risau jugak bila anak tidur dalam buaian ni, jadi lepas menyusu pastikan sendawa/lepas sejam baru letak dalam buaian untuk pastikan anak tidak lemas..

Wednesday, January 12, 2011

Peneman Setia :P

Salam kekawan ....

Maaf la kali ni entry merapu sikit.. Nak ceritakan tentang peneman setia saya di malam hari. Al-maklumlah bila menyusu ni cepat lapar.. Alhamdulillah masih lagi terkawal tetapi kekadang nasi jugak yang dimakan pukul 4-5pagi. Hahahha.. Nasib baik la berat makin menurun(Auni serap banyak-banyak lemak mama yer :P). Selain daripada nasi, makanan ni lah yang jadi peneman saya di kala malam yang sunyi..... hahhahah :P

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaaaaa......
memperkenalkan




Wednesday, January 05, 2011

CUCU TOK

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak ceritakan tentang cucu keluarga saya.

Nur Auni adalah cucu pertama ma(TOKMA) dan aboh(TOKBOH) kandung saya :)

NUR AUNI DAN TOKMA DAN TOKBOH :)

Ni adalah ma(TOKKU) dan abah(TOKWAN) sedaraku.. Oleh disebabkan saya tinggal dgn family ni sejak kecil, dikira saya sebagai anak mereka sendiri lah. Nur Auni adalah cucu perempuan yang ke-6 keluarga ni.(Nampaknya ma dan abah sedara saya ni akan mengidam cucu lelaki ler.. :P)

TOKKU DAN TOKWAN

Di bawah ni adalah gambar cucu ma dan abah sedara saya :)
IFFAH


IZYAN


ISMAHANI


FATHNIN LYANA


NUR RUKNIAH RAWIAH


NUR AUNI

Ni pula adalah gambar mak mentua(TOK) saya. Nur Auni pula ialah cucu perempuan yang ke-2 daripada 7 cucu. Sebelum ni semuanya cucu lelaki. Alhamdulillah dengan izinNya kakak iparku melahirkan anak perempuan, dapatlah my MIL ni lepas2 geram kat anaknya dulu sebelum kehadiran Nur Auni ni :)

TOK

Ni adalah gambar cucu mak mentua saya :)

MUHD NAZMI ZUHAIRI


MUHD AMER ZULHELMI


AHMAD AMMAR IDHAM


AIMAN IDHAM


LUQMANUL HAKIM


NUR'AIN NASUHA


NUR AUNI

Tuesday, January 04, 2011

Kebaikan Susu Ibu :)

KEBAIKAN SUSU IBU

Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.

Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan. Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan. Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat. Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.

Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.

Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti.(insyaallah, smoga anak kita sentiasa sihat :P)

Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut. (yang ni yang seronok nih, hehehe)

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan. Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.

Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun? Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.

Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan.

Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna. Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu. Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya. Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

p/s : Teruskan BF anak anda yer :) bagi yang tak dapat, mungkin ada hikmahnya... Allah lebih mengetahui...

Saturday, January 01, 2011

2.0.1.1.

Alhamdulillah saya masih di sini. Diberi peluang untuk hidup di mukabumi ini. Bersyukur dapat sujud padaMU Ya Allah sehingga hari ini. Banyak pengalaman yang indah pada tahun 2010 yang tak dapat dilupakan. Saat saya pregnant, saat dapat merasa gerakan baby di dalam perut sehinggalah saya melahirkan little princess pada 30November lalu. Alhamdulillah 2 hari lepas, Nur Auni dah genap sebulan. Semoga tahun 2011 ni lebih bermakna untuk kami sekeluarga. Amin....