Tuesday, August 02, 2011

Mummy BF jangan risau...!!

KELONGGARAN MENINGGALKAN PUASA BAGI YANG MENYUSUKAN ANAK
  • Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
  • Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  [Al-Baqarah : 184]



P/s: Hendak seribu daya, taknak seribu dalih :) Bergantung pada mummy semua. Insyaallah moga kita semua dipermudahkan... 

7 comments:

Lizan said...

Saya minum susu anmum yang diblend dengan kurma untuk banyakkan susu... insyaallah supply cukup..hihi

amiey lee said...

insyaAllah supply cukup..huhu tadi pam pun sukatan masih di tahap biasa..walaupun terlepas sahur pagi tadi heee

insyaAllah akan dipermudahkan

rizaros said...

lizan: alhamdulilah setakat ni sy masih bjaya :) hehehhe.. amin..semoga dipermudahkan :P

rizaros said...

amieylee: tlepas sahur?? tidaaakkk :P heheeh.. semoga susu kita btambh byk :)

wardah @ fie shah said...

semoga mommy & auni sihat sepanjang Ramadhan :)

Farra said...

alhamdulillah so far so good! still exclusive BF and mummy puasa dengan jayanya ..tekak mmg kering bonarr tp bertahan! heee :)

farmys said...

masih bertahan utk puasa.. alhamdulilah!