Tuesday, August 02, 2011

Menyusu dan ramadhan... Sehari dah berlalu...

Alhamdulillah hari ni dapat juga berpuasa sebagai ibu menyusu.. Tapi kena juga standby tip yang kat bawah ni..

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
info dari http://duniasusuibu.com

7 comments:

.:Mrs. Engineer:. said...

tq for the tips... :)

farmys said...

best gak tip tu..
tp sy skrang menyusu malam je.. susu dah kurang la..

rizaros said...

mrs.engineer: sama2..sharing is caring...

rizaros said...

farmys: susu sentiasa ada.. :) bykkan menum air..insyaallh dia kembali seperti normal :)

♥ Elin ♥ said...

tq..tq..agar allh permudahkn ibu2 menyusu,

Cik Pelangi said...

datang singgah sini =)

Cik ika said...

tq.....boley sharing :)