Wednesday, October 05, 2011

Penyusuan ketika hamil :)

Hari ni nak berkongsi tentang topik penyusuan ketika mengandung atau istilah tandem nursing while pregnant.

Ramai yang ragu-ragu tentang hal ini. Ramai yang susah hati nak menyusukan anak di saat mendapat berita mengandungkan anak seterusnya. Jgn bimbang, anda tidak perlu memberhentikan penyusuan apabila mengetahui anda mengandung lagi.  Ada yang menyokong penyusuan ketika mengandung.
Sedikit fakta tentang penyusuan ketika mengandung:

1) Ada ibu yang risau tentang kontraksi ketika menyusukan anak toddler dan akan menyebabkan bayi yang dikandung gugur atau risiko melahirkan lebih awal (bagi ibu yang normal dan tidak pernah ada sejarah keguguran atau kes rahim lemah) – hakikatnya kontraksi yang terjadi semasa penyusuan ketika mengandung adalah mild dan tidak cukup kuat utk menolak bayi utk keluar lebih awal (ianya sama seperti selepas melakukan hubungan intim suami isteri ketika mengandung). Jadi jgn bimbang!

2) Anda mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya jika menyusukan semasa mengandung. Please, have a good rest (ingatkan diri sendiri, hehe)

3) Anda mungkin akan berasa sakit atau puting susu akan menjadi lebih tender tidak seperti sebelum ini. Anda boleh alihkan posisi bayi atau berfikir tentang hal lain (alihkan perhatian) yang lebih menyeronokkan berbanding mengeluh aduh sakit.. sakit… tolong… sakit…

4) Anda juga seharusnya mengambil makanan atau menepati diet seperti piramid makanan yang betul. makan makanan berzat, minum air dgn kuantiti yang sepatutnya utk kesihatan diri anda dan juga bayi.
 
5) Anda juga akan mendapati susu akan berkurangan apabila tiba masuk trimester kedua. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan pada masa ini juga kebanyakan ibu tidak lagi memerah susu utk anak yang lebih tua. Pada masa ini bnyk ibu yang khuatir tentang keperluan susu anak mereka. Ketahuilah, setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai membahagi masa yang lebih utk memujuk anak yang baru bercerai susu ibu.

6) Susu ibu pada waktu ini juga akan berubah rasanya dan kebanyakan anak akan berhenti sendiri setelah menyedari rasanya sudah berubah. Jgn bersedih, anda boleh cuba utk memujuk mereka menyusu semula setelah bayi baru anda lahir nnti

7) Ramai juga ibu yang mendapati anak mereka akan mahu menyusu semula dan lebih kerap dari bayi baru lahir kerana ‘susu’ mereka yang asal sudah kembali  Ada yang boleh melekap dgn baik seperti sebelumnya, dan mungkin ada yang sudah lupa sehingga ibu sendiri berasa tidak selesa. Jika ibu memilih utk tidak menyusu anak yang terdahulu, anda boleh beri mereka minum melalui sippy cup atau mengajak mereka melalui pertalian penyusuan dgn cara lain.

Keindahan menyusu tak dapat nak cerita nikmatnya. Selamat menyusukan kepada semua ibu yang mengandung!

p/s: Apapun, semua ALLAH dah tetapkan. Insyallah moga semuanya ada hikmahnya.. Jangan terlalu paksakan diri :)

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

anak lelaki ku terus berenti sendiri dari start ku mengandung kali ke-2..

Mrs Nageb said...

Dik preggy ke...huhuhuhu :)

♥ ROS ♥ said...

Mrs.edy: sama mcm anak k.ipar..hihihi..trus buat yeaakkk kt susu mak die..

Mrs.nageb: sharing2 kak... :)