Thursday, July 07, 2011

JOM ORANG PENANG PAKAT PI dengar ceramah di madrasah AN-NAHDHOH.... :)

Assalamualaikum..

Sihat tak hari ni? MOga semua sihat dan dirahmati Allah. Ari ni rizaros nak ceritakan tentang satu tempat ni. Ujung minggu(sabtu) kat sini lah kami spend masa dari 8pagi-11pagi dan disinilah detik saya and my hubby berkenalan dulu-dulu kala (ibarat kata cinta baru berputik, wah gituuu :p). Apa salahnya, kita dah sibuk hari-hari lain dan luangkan masa untuk sehari dengar ceramah ni(kuliah perdana bacaan kitab tafsir dan fekah). Ustaz yang menyampaikan pula memang tak boring kalau dengar, tegas dan kadang2 lucu pun ada.. hehehee... Sapa lagi kalau xkenal pun xpa, meh sy perkenalkan :P Nama dia ustaz Mutalib bin Maarof :) Kat bawah ni gambar dia and profil die...


Ok sambung balik, ramai juga yang dok pi dengar ceramah ni. memang sentiasa ramai tapi kadang2 tu bkn org yang sama pun. Apa pun saya memang seronok sangat dapat dengar ceramah ni. Jomlah kekawan yang duk area KEDAH or PENANG pakat pi dengaq. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk dengar ceramah ni. Besar pahala.. Layaaannn detail and pic kat bawah ni.

Kuliah Perdana Setiap Hari Sabtu
Masa : 8.00 AM sehingga 11.00 AM
Kitab : Tafsir & Fekah
Disampaikan Oleh : Ustaz Hj. Abdul Mutalib Bin Hj.Maarof
Lokasi: 843, Mukim 5, Kampung Petani, Kubang Semang, 14400 Bukit Mertajam, Penang

Yang ada payung tu tempat membeli-belah..Ngeee :)
Parking disediakan :)
my ayah pun ada kt situ :P my hubby xnampak pun :P hehhe
penuh sampai luar



Time balik, semua bersalaman dengan ustaz
Pakat sibuk nak balik :P
 
 P/s: gambar diambil di Facebook An-nandhoh :)

17 comments:

mummy_ayu said...

ramai org tu, mesti est dia kasi ceramah tu...

ani said...

as salam...dtg baca n3 u & follow sudah

siti kektus said...

ramai sungguh. ;)

rizaros said...

mummy ayu: best sgt kak.. sbb tu ramai org :)

rizaros said...

ani: maceh2.. :)

rizaros said...

siti: mmg ramai, tapi xderlah smpai sesak :)

Tea said...

bagus pegi ceramah ni skali skala. asyik terleka dgn dunia je kan. :)

HasrulHassan [HH] said...

Salam singgah, masyaAllah ...Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sesempurna, maka sangat beruntunglah mereka ini.

Terima kasih kerana follow blog saya.

Izzul Amir said...

subhanallah ramainya

CIKU said...

ramainya..alhamdulillah masih ada ruang utnuk ingat mengingati..follow u gak

pha is said...

pergh... mcm best... nnti nk tnya kawan yg dok kubang semang kot2 dia tau.. hehehe

rizaros said...

tea: btul2..shari ja dlm sminggu :P

rizaros said...

hasrul: jomlah join :P insyaallah kita semua beruntung berada di dunia allah ni :)

rizaros said...

izul amir: mmg ramai,, alhamdulillah :)

ciku: insyaallah semoga kita ingt allah :)

rizaros said...

pha: mesti dia tau.. kbykn org kubg semang mesti p ceramah ni..insyaallah :)

kemboja said...

mak sy tiap2 minggu dok p sana.. hehe insyaAllah kalau anak yg kecil ni dah tak breasfeeding lg teringin nak p juga.. tgk keghairahan mak dok cerita pasal ceramah ustaz ni macam best juga.. hehe

man said...

memang ramai... atas highway BKE pun boleh nampak...