Friday, May 20, 2011

Betul ker air masak bahaya???

Assalamualaikum mommies...

Rizaros nak tanya pendapat korang semua.. Betul ke air masak ni membawa keburukan kepada bayi??? Risau plak bila bca kat entry bawah ni :)

(copy paste from www.harlindahalim.com)
Sedikit informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd kawan-kawanku sekelian…Mungkin masih ramai yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan :-
MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*
PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*
MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)

7 comments:

Mrs Nageb said...

ye ke ni?I plak ntah mcm mana mmg tak bape nak gemar bagi baby air masak.....sekali sekala je bila org tua suruh :) hehehe..

armouris said...

info tentang kualiti air di SIHAT SELALU - Kualiti Air Bergantung Kepada Proses Penulenan

rizaros said...

kak khalelah : 2 lah tkut gak tp auni memng byk gak menum air masak, by the way dr pun ada suruh :)

armouris: terima kasih, lega skit bila bca... :)

Rai said...

kalau baby breastfeed memang tak perlu bagi air masak..lagi2 kalau belum cukup 6 bulan..secara mudahnya pk macam ni

air masak takde kalori, so bila baby da kenyang dengan air masak dia taknak minum susu. sedangkan dia kena minum susu banyak2 untuk membesar..

Panduan penyusuan

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

mase dalam pantang, nieza kasi Rania minum air zam-zam nak baikkan die dr jaundis..alhamdulillah... cepat turun :)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

pls grab ur award at my page :)

Liza @ Adzriel AB said...

apa2 pun kalau terlebih memanglah bahaya. setakat 1-2 sudu kecil selepas dia menyusu bukanlah masalah utk bilas mulut dia aje. yg melampau bila bagi baby air masak sebotol mcm bagi susu pulak. ibu kena rajin minumlah. akak lebih memilih air mineral berbanding masak atas dapur tu.