Monday, May 03, 2010

Kenangan Madinah :)

27 Mei 2009-10 Jun 2009..
Alhamdulillah dah genap setahun kami sekeluarga menunaikan umrah. Moga hidup kami diberkati olehNya :)
Perjalanan ke Makkah ni mengambil masa 8jam. Boleh lenguh satu badan tau, tapi alhamdulillah all of us dapat atasinya.. Kami pergi berlima, my mum, my dad, mother-in-law, my hubby and me.. Actually ini adalah hadiah yang terindah dari my mum and dad kerana mereka sponsor kami. Terima kasih :)

Kat airport



Madinah al-Munawarrah :)



Bukit magnet :)
Jabal Maghnatis (bukit magnet) ini ialah satu tempat di mana kereta akan bergerak dengan sendiri walaupun menggunakan gear neutral.. MasyaAllah, kekuatan tarikan ini hingga kelajuan bas atau kereta akan bergerak hingga 120km/jam. Ini salah satu tempat keajaiban di kota Madinah.



Masjid Quba :)
Masjid Quba( مسجد قباء ) adalah Masjid pertama dibina oleh orang Islam Selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dari Mekah.Baginda telah menghabiskan selama 20tahun untuk bersolat and beribadah kepada Allah di masjid ini. Masjid Quba didirikan berdasarkan takwa seperti mana yg disebut di dlm al-Quran, Surah al-Taubah(108-109). Sabda Nabi SAW lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. Besarnya pahalanya. Jangan lupa singgah and solat di Masjid Quba.




Jabal Uhud :)






Ladang Kurma :)

No comments: